This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Labels:
PENERANGAN TOOLS AND FIXTURES
0
comments
PENERANGAN
PENERANGAN :
Pada masa kini salah satu cara untuk mencantumkan atau mengikat sesuatu bahan adalah dengan menggunakan bolt dan nat. Bolt dan nat adalah dihasilkan dengan pelbagai cara, seperti proses pemesinan, proses acuan dan salah satu cara adalah dengan menggunakan pembenang luar(dies) serta pembenang dalam (tap).
Tap (pembenang dalam) adalah sejenis alatan tangan yang digunakan untuk membuat bebenang didalam sesuatu lubang seperti contoh nat dsb. Tap diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibaja bagi mendapatkan ketahanan dan didatang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Bentuk sesuatu tap adalah bergantung kepada pengeluar(pereka) dan saiz adalah dinyatakan dalam ukuran metrik(mm) atau imperal(inchis). Kebiasaannya saiz dan jenis bebenang ditandakan pada bahagian batangnya.
Tap mempunyai tiga atau empat lurah pemotong dibahagian batang hingga kebahagian hujungnya. Lurah-lurah ini membentuk tepi pemotong disamping berfungsi sebagai lorong untuk tatal keluar dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir pemotong turun ketepi mata pemotong bebenang dalam. Batang tap berbentuk lurus. Kepalanya berbentuk segiempat sama supaya boleh diputar dengan perengkuh.
Contoh Pembenang dalam (Tap)
BAHAGIAN-BAHAGIAN PEMBENANG DALAM (TAP)
Pada satu-satu binaan Pembenang Dalam (tap), terdapat beberapa bahagian utama yang direka bagi tujuan yang tertentu. Bahagian – bahagian yang terdapat pada pembenang dalam merupakan faktor kebolehupayaan sesebuah pembenang berfungsi. Rajah dibawah menunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat pada pembenang dalam (tap)
Bahagian Badan (Body)
Bahagaian ini juga dikenali sebagai bahagian pemotong. Rajah dibawah menerangkan lebih lanjut tentang bahagian ini.
Bahagian badan
Tanda ‘A’ adalah mata pemotong untuk pembenang dan jarak antara mata adalah jarak puncak ke puncak (pic) untuk sesuatu bebenang.
Tanda ‘B’ pula adalah lurah pemotong. Bahagian ini adalah berfungsi sebagai lorong untuk tatal keluar dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir pemotong turun ketepi mata pemotong bebenang dalam.
Bahagian Batang (Shank)
Bahagian batang adalah berbentuk lurus. Rajah dibawah menerangkan lebih lanjut tentang bahagian ini.
Bahagian batang
Tanda ‘C’ adalah pernyataan mengenai saiz untuk sesebuah tap
Tanda ‘D’ adalah berbentuk segiempat sama dan bertujuan memudahkan ia dipegang dengan perengkuh tap.
JENIS-JENIS TAP
Bagi melakukan kerja-kerja membenang dalam, beberapa jenis pembenang telah dihasilkan. Ia adalah bertujuan mendapatkan hasil yang bermutu tinggi disamping memudahkan lagi kerja-kerja membenang. Perbezaan antara jenis-jenis pembenang adalah terletak dibahagian badan (seperti yang ditunjuk anak panah pada gambarajah dibawah). Antara jenis-jenis pembenang dalam adalah ;-
1. Tap tirus (taper tap)
2. Tap palam (plug tap)
3. Tap bottoming (bottoming tap)
1. Tap Tirus
Bahagian hujungnya iaitu kira-kira enam gigi ulirnya, ditiruskan. Fungsinya ialah supaya tap mudah masuk untuk memulakan pemotongan. Bentuknya yang tirus memudahkan ianya berada dalam kedudukkan tegak.
Tap Tirus
2. Tap Palam
Hanya tiga atau empat gigi ulir dibuat tirus. Tap ini digunakan selepas tap tirus, bagaimanapun dalam kerja-kerja harian tap palam ini jarang digunakan.
Tap Palam
3. Tap Bottoming
Jenis ini mempunyai satu atau dua gigi ulir yang ditiruskan dihujungnya. Tap bottoming boleh memotong ulir hingga ke dasar lubang, jadi ia sesuai digunakan untuk mengulir dalam lubang buntu
PANDUAN PENJAGAAN PEMBENANG DALAM (TAP)
1. Pastikan pembenang dalam bebas daripada gerigi besi yang melekat pada pinggir pemotongnya.
2. Gunakan jenis pembenang yang betul.
• Tap tirus - Memulakan kerja
• Tap palam - Pertengahan
• Tap bottoming - Akhir kerja
3. Pastikan saiz lubang mengikut sfesifikasi tap betul (seperti dalam jadual 1).
jadual 1
4. Elakkan berlakunya gegaran dengan cara mengikat bahan kerja pada ragum bagi menghasilkan lubang yang berkualiti.
5. Pastikan pembenang tegak betul dengan paksi lubang.
6. Putarkan pembenang dengan kelajuan dan penghantaran yang sesuai dan tekanan pada perengkuh mestilah sekata. Lakukan dengan teknik maju dan undur (twist) jika perlu.
7. Gunakan bendalir pemotong supaya bebenang dihasilkan baik dan pembenang tidak cepat haus.
8. Bersihkan pembenang dan simpan ditempat yang sesuai selepas penggunaan.

Tap Bottoming

Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
PENERANGAN : Pada masa kini salah satu cara untuk mencantumkan atau mengikat sesuatu bahan adalah dengan menggunakan bolt dan nat. Bolt dan ...
-
">
Tags
Mengenai Saya
Dikuasakan oleh Blogger.